Sunday, August 22, 2010

Manusia tanpa Akal? Apa akan terjadi kita?

Dok santai2, tgok national geographic ttg haiwan2, alam sekitar, aku terfikir, klu manusia x di kurniakan akal agaknya, manusia la makhluk yg mudah pupus kan?


Kenapa aku ckp mcm ni? sbb klu kita xda akal, kita xtah buat baju, pakaian, kita boleh mati kesejukkan. Klu kita xda akal, kita akan mudah terdedah pada bahaya ancaman binatang buas, kita xda mekanisma pertahanan diri atau penyamaran. Dgn akal kita boleh buat peralatan mempetahankan diri.

Dgn akal kita boleh mentadbir alam ni, semua mahluk lain kat bumi ni, bergantung pada kita, klu kita berbuat pada alam ni, baiklah jadinya, klu sebaliknya, xbaiklah. Namun, masih kita xdapat menghindari dari berlaku kecelakaan pada alam ni. Kerna kita lah, suma bencana alam yg terjadi sekarang ni.

MUTIARA KATA



  • Anak lebih berharga dari harta. Akhlak yg mulia lebih bernilai dari pangkat / jawatan. Kemahuan yg keras lebih penting dari pengalaman. Ketakwaan lebih tiggi kedudukannya dari kehormatan.
  • Org yg paling berhak mendapat tambahan nikmat adalah yg paling bersyukur. Sedangkan yg paling patut dicintai adalah yg paling dermawan, tidak pernah menyakiti org lain, dan apabila bertemu selalu memperlihatkan wajah yg jernih.
  • Penyebab kesengsaraan dan malapetaka adalah jauh dari Allah s.w.t. sebaliknya dekat dengan dunia. Org2 seperti ini akan terus terkurung di balik terali dunia untuk selama-lamanya. Hidup tidak berguna bagi mereka begitu juga kematian.
  • Sebelum tidur tebarkanlah kebajikan ke lingkungan sekelilingmu. Cucilah hatimu tujuh kali bilasan dengan sikap pemaaf lalu putihkan pada bilasan kelapan dengan taubat. Jika sudah begitu, maka engkau akanmerasa manisnya imam.
  • Rezekimu jauh lebih mengetahui tempat yg patut bagimu berbanding pengetahuanmu tentang posisi yg patut baginya. Rezekimu akan selalu mengiringimu laksana bayangan yg selalu mengikut gerak tubuh. Engkau tidak akan meniggal sebelum seluruh rezeki yg ditakdirkan bagimu diberikan.
  • Setiap org adalah raja di rumahnya sendiri. Di dalamnya tidak seorg pun yg dapat meremehkan atau mengecilkan peranannya, sebagaimana org yg sombong tidak dapat menghinanya dan org yg bakhil tidak dapat menolaknya.

Saturday, August 21, 2010

GOYANG SHAFIQ: Ep 5

GOYANG SHAFIQ: Ep 5

Sinopsis: Emak Shafiq dan emak abg iparnya sudah berbaik2, sehinnga mereka berborak dari pagi hgga ke mlm, bercerita perbagai perkara tentang perkalaman hidup masing2. Perbuatan mereka tidak di senangi oleh Shafiq berikutan mengangu kerjanya utk menyiapkan pesanan kuih goyangnya dng cepat kerna mereka berborak tanpa henti sehigga tidak kira waktu. Shafiq pula terpaksa menyiapkan juadah berbuka, akibatnya kerja2 terpaksa ditangguhkan. Janjinya utk berbuka dng Zarina pun terlepas, namun dia tgguhkan niat utk berbuka bersama pada keesokkan hari. Pada waktu yg sama, Shafiq telah berjanji utk berbuka dng Karina pada esok hari jugak. Manakala Arora anak sedara Shafiq, terpaksa tido di bilik ayahnya, berikutan tidak tahan mendgr nenek2nya berborak.

GOYANG SHAFIQ: Ep 4

GOYANG SHAFIQ: Ep 4

Sinopsis: Shafiq mengambil keputusan utk bertemu dng Zarina selepas berbuka puasa dng emaknya. Pada keesokkan hari  nya, emak abg iparnya dtg menziarah. Apabila melihat Shafiq yg bertungkus-lumus menyiapkan kuih goyang, emak abg iparnya berasa ragu2 kerana sebelum ini, Saleha, menantu beliau yg membuatnya. Namun , selepas merasa kuih goyang buatan Shafiq, beliau berpuas hati, malah lebih sedap dari Kuih goyang Seha. Namun, apabila bertembung dng emak Shafiq, mereka selalu berkelahi kerana masing2, mahu anak,menantu dan cucu beraya di kg masing2. Pelakuan mereka menimbulkan rasa rimas antara cucu2 mereka.

GOYANG SHAFIQ: Ep 3

GOYANG SHAFIQ: Ep 3

Sinopsis: Kakak Shafiq terpaksa menjalani khusus kenaikan pangkat selama seminggu, oleh itu, kakaknya tidak dapat membantunya. Manakala emaknya di kg terasa sunyi keseorg di kg memandangkan itu kali pertama menyambut ramadhan tanpa suami. Jadi, emaknya dtg ke KL utk menziarah cucu. Namun, Shafiq telah menetap kan temu janji utk berbuka puasa bersama Zarina..

GOYANG SHAFIQ: Ep 2

GOYANG SHAFIQ: Ep 2

Sinopsis: Shafiq mendapat ilham utk menjual kuih goyang sempena bulan Ramadhan yg makal menjelma . Sambil di bantu kakaknya secara sambilan, di KL jugak dia bertemu dng dua gadis manis yg sudi berkenalan dngnya. Seorg gadis bernama Zarina, bekerja di kedai dobi kakaknya dan suka dng filem hindustan, Seorg bernama Karina yg berkerja di supermarket sebagai cashier.

GOYANG SHAFIQ: Ep 1

Cerekarama bersiri ni sambungan cerekarama goyang Seha, Best cite ni sbb guna bahasa utara. hehe..

GOYANG SHAFIQ: Ep 1

Sinopsis: Shafiq meminta izin dng mak dia utk berhijrah ke KL utk mencari pekerjaan, kebetulan kaknya memerlukan org utk menjaga anak2nya berikutan pembantu rumah beliau berhenti kerja mengejut. Jadi, kakaknya meminta emaknya utk ke sana , tetapi emaknya menolak atas alasan mahu berpuasa di kg sahaja. Dng itu Shafiq pun di minta emaknya utk tggl bersama2 kakaknya utk membantu menjaga anak sedara nya, sementara dia mendapat perkerjaan di KL.

Emily


Aku bukan nak cakap tentang Emily the stranger, Tp Emily cerekarama tv3, yg aku tgk mlm td. Hehehe..
Ok, cite dia mengisahkan ttg, Kisah perkahwinan kontrak, antara Emily dng Aria Hannan.
Bila abg Emily meniggal dunia, yg jugak rakan Aria meninggal dunia, mereka terpaksa menunaikan amanah arwah yg hendak mereka berkahwin.
Namun Emily, branggapan bahawa beliau masih muda, dan byk impian utk di tunaikan daripada menjadi berkahwin. Namun beliau terpaksa jugak menunaikan amanah itu kerna beberapa sebab.
Oleh itu Emily telah meletakkan syarat bahawa mereka hanya akan berkahwin selama 6 bulan. 
Selama 6 bulan mereka berkahwin, dan tggal dlm 1 rumah, berlaku lah pelbagai perkara yg mendekatkan lagi hubungan mereka.
Walau pun mereka x sekepala, Aria seorg pelukis yg mengusahakan sebuah galeri dng seorg kawan, suka barangan antik, manakala Emily, suka pada muzik, dah berharap dapat menjadi gitaris terkenal atau model, suka mendgr lagu dng kuat dan kelakuan yg agak ganas.
Hehehe.. ada part2 lawak gak, ok la.. mcm cite novel lak,
Tetapi lebih ringkas kot, aku xperasan lak sapa penulis skrin, yealah, mana tahu merangkap penulis novel jgk, selalukan begitu.. 

Sapa yg terlepas tgk mgk leh tgk kat catch up tv3




Renungan Blogger

Emm..bila tgok blog aku n blog org lain, rasa byk kena improve lagi. Emm..blog aku ni sememeh jer, aku pun rasa xsuka tgok, apa tah lagi org lain kan? Xpe, aku bru setahun jagung dlm dunia blog ni. Hope dapat jadi blogger yg bgus satu hari nanti. Nak tulis buku xda bakat, blog ni aja la tmpat yg sesuai utk mencari ilham, berbual dng diri sendiri, dng harapan, ada yg sudi baca, n berkongsi pendapat, pandang or anything ja. 

Aku xpandai nak buat blog yg ilmiah, ilmu pun cetek. Setakat berkongsi rasa boleh la, nasihat yg baik kita sama2 jadi kan panduan utk improve kualiti idup, klu nasihat yg xbaik, jng la di ikut trus, lebih baik mintak pendapat org yg berilmu, dari ikut rasa aja. Apa aja yg aku tulis dlm blog ni utk di kongsi sebaiknya. Harap di jauhkan dari perkataan yg xbaik. 

Biasalah, dlm dunia ni ada byk org, berlainan pendapat,berbeza pandangan, ada yg ckp ikut sedap mulut. ada yg berckp ikut sedap hati,ada yg terbaik bercakap mengikut ilmu yg baik, dan terbaik.

Bertemu org yg pandai bercakap tp xda ilmu, itu yg di takuti, aku n kita, mungkin dng mudah terpengaruh kerna xda ilmu, atau terlalu taksub dng kata2nya. Harap di jauhkan, xmahu terpengaruh dng org yg begini.

Semua org boleh bercakap dng penuh keyakinan dng apa yg dia lakukan adalah betul, dan xpeduli ckp org lain. Mmg ada ketika kita xboleh terlalu ikut ckp org, atau lihat pandangan org, tp adakah apa yg kita buat itu betul, hgga kita xpeduli kata org lain. Klu kita benar, bgus lah, tp klu kita salah bagaimana pulak? 
Apa pun mmg sukar utk tentu kan sapa yg terbaik, btul, dan sebagainya. Kadang2, org yg luarannya baik pun boleh jadi berhati busuk, malah lebih busuk dari org yg luarannya x sebaik mana. 

Xpalah, siapalah kita utk menghukum org. Kita cuma manusia, hukum-menghukum biar lah itu keja ALLAH, Dia yg lebih berkuasa menentukan siapa yg terbaik di sisinya. 

Kita bukan xpenah dngr citer tentang seorg pelacur yg memberi minum pada seekor anjing yg kehausan mendapat ganjaran baik di sisi ALLAH, dan ada jugak cerita tentang seorg warak, yg terpedaya dng hasutan syaitan yg akhirnya mati dlm kekufuran , sedangkan seumur hidupnya sebelum itu tidak penah melakukan dosa, sehinggalah dia terhasut dng tipu daya syaitan dan terus terjebak dng Arak, Merogol, dan Membunuh, akhirnya mati bergitu saja.

Di sini kita dapat lihat, seorg yg idupnya tidak baik, bila di beri hidayah, menjadi lebih baik dari sebelumnya.
Dan andai kita berdosa setggi gunung pun Allah lah yg lebih Maha Berkuasa mengampuninya, dng syarat bertaubatlah padadNya. Walau bagaimana pun bukan lah bermakna kita harus sewenang2nya utk berbuat maksiat, klu dah sedar perbuatan tu salah, cpt2 la kembali ke pangkal jln, takut xsempat pulak. Sapa tahu ajal kita bila kan?




Saturday, August 14, 2010

Buang Bayi


Sekarang dah kembali heboh tentang pembuagan bayi yg makin teruk. Kesian tguk bayi2 yg kena buang and then mati begitu aja. Ishs..ishk..teruk betul depa ni, sampai hati , sanggup buat anak sendiri macam tu. Ada yg bayi yg di jumpai still hidup, agaknya mcm na baby2 ni nanti nak teruskan hidup bila tahu diri di jumpai dlm longkang, dlm tong sampah la..xdapat bayangkan.. 


Apa nak jadi dunia ni? Yang xdapat anak bertahun2 ,jenuh mencuba utk dpatkan anak. Yg dapat anak senang2 buang dlm tong sampah. Kenapa la....jadi mcm ni? 


Apa agaknya perasaan org2 yg xberhati perut ni bila tgk gmbr2 bayi yg mereka buang ni? Xkan dah buang xrasa apa? Baik sang ibu mahu pun sang bapanya. Insaflah, org2 yg kat palestin nu bukan main susah fikir masa depan anak2 depa yg bergeluman dng perang, bila2 masa aja pewaris depa leh meniggal mati dlm perang, dan mereka takut mereka dah xda waris utk memerdekakan negara meraka, kita kat sini, yg mewah macam syurga, senang2 aja membunuh keturunan sendiri. Dah tahu buat salah, buat dosa, jng la di tambah2 dosa t. Aduh... Yg buat bukan xtahu hukum hakam, bukan x ngaji, sistem pendidikan kita cukup lengkap, xda yg dibiar terktggalan dlm pendidikkan, mustahil sgt xpi sekolah, xtahu hukum hakam. Gila la depa ni.


Kita patut menghargai anugerah kurniaan Allah ini. Walau pun anda dah melakukan dosa, tapi jng hingga membunuh benih anda sendiri. Peliharalah anugerah Allah ini sebagai penebus dosa yg telah di lakukan, jng dibiarkan, dibuang,tanpa belas ehsan. Mereka di lahirkan bersebab, Allah mengurniakan mereka kepada anda sebagai balasan perbatan anda sendiri. Sama2lah kita menjauhkan diri dari melakukan dosa ini.

Permaisuri Terpencilmu



Beta hidup dalam istana rahsiamu,
Beradu di singgahsana anganmu,
Beta menunggumu setiap waktu,
raja yg beta nanti bertemu,



Friday, August 13, 2010

Bisnes xjalan

Kita mula kan dng entries bergambar..huhu 


Hari2 dok fikiq nak letak entries apa ar? Huh penat jugak memikiqkan nak terjah apa dlm blo ni? Laptop pun dah mula wat hal. Kena virus ka? Xkan posa sama kot? Kenapa dia on off suka suke ati dia ja? Org dok sedap2 menaip pun leh lop piah, Dah lepas tu hilang suma ingatanku utk memblog. 


Kenapa letak gambar org lain x letak gambar muka sendiri? A..a...a.. sbb..sbb..nk sembunyikan kecomelan ku kot..hahaha..comel ker? Hahaha..xda la byk, sikit jer comel nya..haha..


Comel kannnnnnnnnnnnn...Teddy Bear Tu..la..

Aku Lahir pada bulan Posa 3 Ramadhan jadi bulan2 Ramadhan ni, rasa mcm senang nya hati..


Tgh fikir ni, aku dapat temuduga di Langkawi, nak pergi ka xnak ya? Aku mmg Terigin sgt nk kerja kat sana, dah dpt peluang ni, tp, boleh ka dapat? Klu xdapat mcm na? Pertama kali pi Langkawi , dng mak ikut rombonhgan kampung, masa tu tingkatan 2 kot. Pertama kali aku jatuh cinta dng Langkawi, Harap sgt dapat pergi sekali klagi, huhu.. Dapat kerja sementara katt sana pun xpa, janji dah dpt kerja kat Langkawi, then pelan2 cari la kerja baru.. Itulah aku harapkan. Igt2 mmg ada seorg kawan kat sana , dia kerja kat sana, apa2 hal mintak tolong dah leh dah.


Tuesday, August 10, 2010

Selamat Berpuasa Dan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak


Selamat Berpuasa kepada seluruh Umat Islam. Semoga Ramadhan kali ini disambut dengan penuh makna.


Wednesday, August 4, 2010

Koleksi Mutiara Kata Al-Qarni


  • Hidup adalah kesempatan beramal yg tidak terasa nilainya kecuali setelah meninggal. Kesihatan adalah mahkota bagi setiap org sihat yg tidak akan nampak kecuali oleh yg sakit.
  • Siapa yg rutin dtg ke masjid, maka ia akan menemukan di dlmnya peringatan2 Allah s.w.t. tentang hari kebangkitan, kawan2 yg baik, ilmu yg bermanfaat, rahmat yg dijanjikan, nasihat2 yg berguna, serta kesempatan melakukan taubat nasuha.
  • Manusia yg paling celaka adalah yg tidak memiliki jati diri. Sedangkan org yg paling merugi adalah yg tidak rela dgn takdir, mengeluh terhadap rezeki yg telah ditakdirkan, dan selalu sempit hatinya.
  • Tidak ada ketenangan kecuali dng menyendiri dlm ketaatan (uzlah). Tidak ada rasa aman kecuali dng kepatuhan. Tidak ada rasa sayang kecuali dng menepati janji. Tidak ada kepercayaan kecuali dgn kejujuran.

  • Org yg bahagia adalah yg dapat melupakan hal2 yg tidak mungkin dpt diperbaiki atau diluruskan kembali, juga yg selalu mengingati kebaikan sebaliknya melupakan kejahatan org lain terhadapnya.
  • Permintaan tolong dari orang lain kepadamu adalah nikmat maka jnglah merasa jemu sehingga malah berbalik menjadi petaka. Ketahuilah, sesungguhnya saat terbaik dlm hidupmu adalah saat dirimu diperlukan dan bukan memerlukan!
  • Sebaik-baik harta adalah yg bermanfaat, laksana teropong/radar di padang gembalaan. Ia tetap terjaga di kala engkau tertidur, terus memantau tatkala dirimu sedang pergi, dan tetap mengalirkan pahala setelah engkau tiada.

  •  Engkau baru akan merasakan kebahagiaan jika hidupmu merdeka. Ertinya, tubuhmu, fikiranmu, perasaanmu, dan khayalanmu tidak berada di bawah penguasaan siapa pun. Engkau hanya menjadi hamba bagi Allah s.w.t. tidak yg lain.
  • Jangan terlalu bercita-cita utk mengerjakan seluruh yg didgr. Jangan terlalu berharap kepada setiap kawan. Jangan membocorkan rahsia kepada perempuan. Jangan mengerjakan seluruh keinginan.
  • Menyendiri (dalam rangka ketaatan kepada Allah s.w.t) akan membentangakanmu dari pendengki, pencela, org sombong, pengumpat, dan yg suka membangga diri. Lihatlah, betapa besar manfaat di dalamnya!
  • Bepergian dari satu tempat ke tempat yg lain tidak akan membahagiakanmu selama engkau membawa kesedihan dalam hatimu. Oleh itu, campakkanlah kegelisahan dari relung2 hatimu dan isilah dengan kegembiraan.

  • Kegembiraan memerlukan rasa aman. Harta memerlukan sedekah. Kemuliaan memerlukan aksi/amal, dan kekuasaan memerlukan sikap rendah hati.
  • Rehat hanya bermakna jika diawali dgn keletihan. Ketenangan hanya akan didapat setelah kerja keras. Kasih sayang org lain hanya akan diperolehi dgn akhlak yg mulia.
  • Temukanlah keberuntunggan dlm diam (tidak byk bicara). Sesungguhnya org yg lebih suka diam akan mulia dan dicintai manusia. Banyak kejahatan bersumber dari banyak bicara.
  • Hidup adalah persiapan menghadapi akhirat, pengurusan diri dalam mencari penghasilan, mengecap kenikmatan yg tidak diharamkan, mempertajam akal, dan menyucikan diri. Selain dari semua itu adalah kerosakan atau tipuan.

  • Siapa yg telah mencapai puncak kegembiraan atau kenikmatan duniawi maka hendaklah bersiap-siap menghadapi puncak kesedihan dan penderitaan, kecuali hamba2 Allah s.w.t. yg bertakwa. Mereka adalah peraih akhir kehidupannya dengan keridhaan-Nya dan syurga.
  • Berapa byk makan yg sekali menghalang seseorang dari makan2 berikutnya. Sering terjadi satu kalimat menimbulkan banyak permusuhan. Sering ditemukan satu kejahatan menjauhkan banyak kebaikan dan tatapan sekali menghasilan beribu penderitaan.
  • Jika jiwa dlm keadaan tenang maka datangnya fajar adalah laksana jalinan rambut yg indah, malam bagaikan rangkaian perayaan. Selain itu, semua org akan nampak menyenangkan dan tinggal di gubuk sederhana serasa di istana.
  • Di antara kasih sayang Allah s.w.t. kepada manusia adalah dijadikan -Nya org2 yg taat kepada-Nya kaya hati. Mereka, walau hanya makan dengan sesuap nasi, tetapi merasa telah memiliki seluruh dunia.

Monday, August 2, 2010

Tilawah Al-quran Peringkat Antarabangsa



Assalammualaikum, korg tgk x tilawah Al-Quran peringkat antarabangsa di tv1 yg berlangsung sekarang? Semalam wakil qariah kita membacakan bacaan ayat suci Al-quran, mlm ni giliran Qari kita pulak. Sungguh sedap bacaan mereka, rasa terbuai2, dan nak aja dngr lama2, boleh buat kita jatuh cinta. Mungkin bukan aku saja, org lain pun rasa mcm aku ni, jatuh cinta pada bacaan nya. Harap2 wakil kita dapat tmpt pertama. Sebelum di di peringkat kebangsaan qariah kita menjadi juara keseluruhan, mna tahu, peringkat antarabangsa, qari kita pulak.



Nasihat ku, Kepada anak2 muda masa kini, cintailah Al-Quran. Klu xreti baca cari org yg boleh mengajar kita, cara baca dng btul, fhmi maksud nya juga. Jng lah di biarkan diri kita tidak mengerti dan tidak tahu membacanya, hanya kerna malu utk mempelajarinya. Tidak rugi membaca nya, klu xdpt baca byk sepotong ayat sehari pun jadilah. Klu Di Akhirat nanti Al-quran akn memberi kita syafaat kepada yg membacanya.


Qari dan Qariah kita yg mewakili Malaysia


WAN AINUDDIN HILMI dan NOR AZRAH