Wednesday, March 28, 2012

Teman Aku Menangis





Teman aku Menangis

 

Termangu di hujung waktu,

 

Memekakkan telinga pada kata-kata,

 

Memerintah diri untuk bertahan,

 

Hingga bila langit terbuka,

 

Lidah kelu melafazkan,

 

Namun hati memekik menjerit meluahkan,

 

Dapatkah ditafsir akal fikiran,

 

Melihat pada sinar mata yang kebodohan untuk menipu,

 

Kebisingan bergaul dengan kekosongan,

 

Berpagarkan ketidakpastian,

 

 Tidak menunggu kata-kata indah,

Hanya mari ke sisi, temankan aku menangis.

I Hate To Say Good Bye


Tiada kata2 utk aku lafazkan utk mengambarkan kekesalan aku berada di sini dan mengenali kamu semua, bukan aku menyesal bertemu dgn kamu semua tp, betapa ikat yg di bina membuatkan aku kekal di sini selama ini walaupun sebenarnya, wktu yg aku peruntukkan utk berada di sini hanya selama 2 atau 4 bulan, tertangguh sehingga sampai begitu lama.

Beribu memori yg tercipta membawa aku utk bermimpi yg mungkin aku boleh kekal hidup begini, selagi kamu di sisi. Namun, mimpi selalu ada penghujungnya, dan aku perlu pergi, utk memburu mimpi yg aku miliki sebelum berjumpa kamu semua, lalu aku memilih utk berpaling dari gelak tawa kita, melangkah pergi tanpa kamu sedari, aku telah lama tiada, dan semoga kita jumpa lagi nanti.

Aku memujuk diri, bila aku tiada, kamu xkan apa2, sebulan kemudian nanti, bila pengantiku tiba, kamu aku melupakan aku.. Maaf kerna pergi tanpa bertemu mu dahulu, mungkin ini pengajaran terakhir dari ku utk mu selepas beribu nasihat yg aku kongsikan padamu ketika kita bersama dahulu. Besar harapanku utk kau fahami, sayangku padamu melingkau batas ingatanmu pada ku. Saat kau melihat dirimu,hidupmu pada kaca mata mu dan mengatakan hidupmu malang, disaat itu aku melihat diri mu penuh dng kelebihan, bertuah dan tiada apa yg perlu di risaukan, entah bagaimana, aku xdapat mengambarkan, n memberitahumu, betapa indahnya dan sempurnanya hidup yg kau miliki.

Aku pergi...aku pergi... sebenarnya aku telah lama pergi, cuma aku singgah sebentar disini, niat hati ingin sendiri, kemunculan kamu semua menyeri kan hidupku dgn pelbagai warna berseri. Namun, sampai di sini sahaja aku dpt memberi, segala rasa cinta ku pada ikatan persaudaraan kita ini. Cepat atau lambat, aku tetap melangkah pergi dari sisi mu , dan biarlah hari ini aku putuskan mengucapkan salam perpisahan.

 
Currently read ~ Leaving Microsoft To Change The World~

Monday, March 5, 2012

Melodrama Pantai Kerachut


Assalammualaikum, 

Ari nie nk cerita ttg travelling yg dh aku lalui 4 March yg lalu. Selepas tertangguh trip sepatutnya 26 Feb 2012, di tunda 4 March 2012, akhirnya ari yg di tggu2 tiba jugak.

Sehari sebelum hiking aku dah demam dulu, mlm tu pun masih selesema,kalau teruk mmg aku x pi, tp mengenangkan dah tunggu lama trip ni n janji dah dgn kengkawan aku pi jugak lah. 

Ada 3 batch yg daftar utk event nie n aku kena first batch, utk first batch yg berdaftar semua 223 org tp yg mai ari tu cuma 150 ja. Trip dimulakan dgn warm up dulu dan sedikit peringatan dri host acara ttg pemuliharahan alam sekitar (jng buang sampah dll). Then, semua di pecahkan kepada group yg kecik, 10 org setiap group n setiap group ada penunjuk arah merangkap menjaga/ketua.Group aku group second yg mulakan perjlnan.

Aku xsempat nk sarapan pagi tu..huhu.. kawan2 yg lain pun xsarapan lagi . Bagus la yg mana mai sendiri ke Eco Park tu, sempat sarapan lagi, company pun xsediakan sarapan, sediakan air mineral ja. 

Perjalanan jungle tracking pun bermulalah.. blom half perjlanan dah ada yg pening (sepoi tul la) , dah dia ok, kawan dia lak pengsan, tu la dah tau antibodi lemah, dng xsarapan la, gatai nk hiking gak. Aku pun xsihat, xsarapan, tp xdak la 15minit jln dah rebah. 20 minit kami kt situ sbb kes org pengsan, group yg pengsan pening trun blik,patah blik naik boat ja ke Pantai Kerachut. Tggl aku n kengkawan aku 6 org dgn penjaga dua org. Group kami dah jadi group yg last sekali sbb td semua group dah cross kami dulu, ada gak kwn2 aku kata group yg pengsan td sengaja pengsan(entah lah, apa motif??)
 
Pujian patut di berikan pada seorg akak yg dlm group aku, walaupun dia dah separuh umur n semput gak ckit2, tp berjaya teruskan hiking nie, aku tolong bawak beg dia (aku xbawak beg pun, haha.. dah tau dah bwk bebanan byk, memenatkan ja). Second pujian jugak patut di berikan pada kwn aku yg cubby, walau kaki dia dh sakit2 tp still moving forward (choik..choik). Tp..seriously, aku xsuka cara seorg kawan aku yg terlampau activ (nk tunjuk hebat) trus ja berjln ke depan dng seorg pjga kami tu, xtggu langsung kwn2 yg kat belakang nie. Kita nie dlm group, berjln dlm group, moving la as a group, helping each other, bukan tunjuk teror ja pandai. Seriously menyampah bila dia buat mcm tu, walaupun kami kawan baik, tp klu perangai dia yg aku xsuka, aku xsuka jugak. Nasib la kami dpt dua org penjaga,sorg depan sorg belakang, penjaga yg depan tu dah lesap dng kwn kami yg sorg tu,mengatai la tu ..emm. Hiking dlm hujan yg jadi kenangan, kalut ja cri plastik selamatkan gadget masing2.. Comfirm aku demam blik esok.



Sbb dah lama x join aktiviti mcm nie, dlm keadaan masih xsihat kira A la dpt tamatkan sampai gak ke destinasi..haha..

Kami mmg dah terlewat sgt2, bila tgok group2 lain dah start permainan.. huhu.. dengan hati yg hampa tgok ja lah org lain seronok main ~~huhu~~ Then join BBQ, nasib baek yg ni xterlambat, mmg lapor dah sgt2,, smpi nasi goreng yg xsedap tu pun habih (xpeduli dh ttg deria rasa). 

Taktahu lak kat sini pun ada penyu mendarat , igt kat Pantai Terengganu ja..




Sangat rasa bertuah sbb dpt smpi ke Eco Park Penang nie, bukan semua org berpeluang sampai ke sini, memandangkan Pantai Kerachut ni termasuk dlm Taman Negara Penang, yg dtg perlu ada permit dan berdaftar, xboleh dtg sesuka hati ja. Tempat ni mmg bawah seliaan Taman Negara, dan terpelihara dri pendatang luar. 


Selamat tinggal Pantai Kerachut , semoga jumpa lagi. Kami blik menaiki boat, xlarat dah nk hiking blik. :)

Keesokknnya ramai yg xmai keja termasuk kwan aku yg tunjuk teror tu.. tak terkecuali aku yg dah demam balik. 

Monday, February 13, 2012

Bila Cik Fza Membebel : Episod 6

Assalammualaikum..

Penat ..Bosan.. Mggu nie sgt memenatkan.. Igt dpt rehat dua ari tp depa col suruh msuk keja esok..mak ai.. Stress..stress.. pening dah pala nie.. AA...aa... oksigen please.. huhu.. :P

Ya Allah, berikan aku kekuatan, aku sgt sakit skrg...sgt sakit. Pergilah kau masalah..aku dah cukup sakit menghadapinya.

Tuesday, January 31, 2012

Tips Diet Ala Cik Fza



Awk dah guna mcm2 cara utk diet, tp xberjaya dptkn berat badan yg di iginkan? Kat sini saya nk kongsi sikit rahsia berdiet yg berkesan. 

1- Disiplin  :-  Gunalah sebarang modus operandi apa pun utk diet, tp klu xdak disiplin, semuanya,xkan menjadi.Kena berdisplin, ikut jadual diet yg dah cantik di jadualkan. jng lari dari jadual, jng ambik sambil lewa  dlm ikut jadual, ari ni nak ikut, esok xikut, lusa ikut separuh..xjdi la gitu.

2 - Istiqamah :- Berterusan, selalunya diet akan ambik masa utk nmpkkan hasilnya, dan kalau dah dpt berat yg diidamkn, xsemestinya terus boleh kembali kepada tabiat makan yg sama sebelumnya, anda mesti truskn menu diet dan jng over lbh2..

3- Tetap mkn :- Kalau trus tolak makanan ke tepi, xmkn trus, itu dah xbetul. Kita kena mkn jugak, first. Tolak waktu mkn utk waktu2 tertentu. Kalau sebelumnya mkn sarapan,lunch,minum ptg,makan mlm dan suffer. Tolak salah satu or lebih dri jadual2 waktu mkn tu. Cth : Makan sarapan pgi, tgh hari xmkn, ptg mkn, mlm n suffer xmkn.

4- Makan bila lapar ja :- Bila kita lapar, sebenarnya, badan kita memerlukan cecair (air) shja sebenarnya. Jnglah semua time lapar pi pulun mkn itu ini utk kenyangkan perut. Minum air or buah pun dah cukup.

5- Minum Air Banyak2 :- Badan kita 60% terdiri dripada cecair , sebab tu kita memerlukan minum air. Minum air masak sekerap mungkin. Jng kerana malas nk berulang ke toilet, kita kurangkan minum air, xbetoi tu, enjin keta pun boleh panas n jam klu air keta kurang, mcm tu gak kita manusia. Masalah sembelit pun berpunca kerna malas nk minum air byk. Org kata minum air byk, urat kembanglah,perut buncitlah..mengarut ja tu. Minum ja air, dan jng x minum langsung air manis. Pastikan minum jugak.Kalau boleh jng minum langsung air bergas (itu yg buat perut buncit sebenarnya).

6-Senaman :- Ada org takut nk bersenam (khasnya pompuan) sbb xmau berotot2 mcm raksasalah, mcm jantanlah. Senaman x semestinya menghasilkan otot2 yg mcm tu, ada caranya. Kalau xsempat or xdak masa, buat rutin setiap hari, bgun tido buat gerakkan ringkas, ala mcm senaman panaskan badan. Kalau nk seronok senaman , gi la gym ,seronok tau pi Gym, sekali dah pi, selalu la nk pi..Best..mcm main game,ketagih,tp ketagih yg positive,itu yg penting. Senaman pun boleh jadi aktiviti riadah yg menyeronokkan dng family or kawan2, selain utk dptkan berat badan idaman, leh rapatkan hubungan persaudaraan. Warning! Jng lak lepas senaman, pi tibai mkn mcm kebuluran, jng ambik mknan yg berlemak n kolesterol tggi. Kadang2 benda kecik yg kita mkn, lebih tggi kandungan lemak n kolesterolnya daripada makanan yg besar n lebih byk dri dia. Jadi hati2 n kena bijak, jng igt mkn ckit xleh gemok.

7-Bykkan Aktiviti harian :- Kalau rumah anda di tingkat 2 or 4 sahaja, gunalah tangga biasa bukan lif utk naik ke atas. Kalau tempat yg kita nk tujui terlalu dekat, xperlulah menaiki kenderaan moto or keta utk ke kedai yg berdekatan dng rumah. Jalan kaki aja ke situ. Terlalu banyak aktiviti harian yg kita hadap setiap hari, kadang2, benda dah mudah, nk lagi mudah.. Hairan, sampai semuanya nak senang ja, xnk bersusah langsung, xnak keluar peluh langsung. Nasib la mkn kita kena kunyah sendiri, kalau ada alat bantuan utk kunyahkkan ,ada jugak org beli agaknya..




*Menikmati berat badan yg idam utk bertahun2 lamanya- Fit into saiz S* :)

Anugerah Juara Lagu 26

 Agak2 berapa ramai yg melekat kat Tb mlm final AJL26 ? Mesti ramai kan.. kepada yg terlepas (sbb kena keja /xdak TB/atau ada special kes), boleh lah tgok kt Youtube.Ini aku tolong korg carikan video2 nya.. Big Congrats to M.Nasir n Hafiz coz lagu diorg menang Juara Lagu .

1-KALAU BERPACARAN – Ana Rafali, Suhimi Meor Hassan, Ultimate



2-KARMA – Faizal Tahir



3-PENAKUT – Yuna



4-SEDETIK LEBIH -Anuar Zain/Jaclyn Victor



5-AWAN NANO – Hafiz AF7



6-CINTA MUKA BUKU – Najwa Latif



7-WANITA SELURUH DUNIA – Projek Pistol



8-BERIBU SESALAN – Shiela Hamzah, Jacquline Victor, Ning Baizura



9-KEKANDA ADINDA – Monolog dan Atilia



10-SUNGAI LUI – Aizat



11-KISAH HATI – Alyah



12-GADIS SEMASA – Yuna


*kredit kpd semua yg mendownload video2 nie kat Youtube*

Kucing Comot Kesejukkan Lagi......






Cerita bermula dgn niat yg murni dan perjln yg ceria sekali... Aku n kawan2 aku merancang utk melawat kwn kami n her new born baby. Utk mudahkan perjlnan i decide stay at my friend house at Sungai Petani, lepas keja trus pi umah dia la kononnyer..but suddenly, last minute plan berubah, aku n kwn aku yg duk S.P tu check in umah kwn aku yg sorg lgi kt BJ, utk mudahkan perjlnan sbb esok xpayah dah depa nak pi ambik kami kat S.P. 

Aku dng bawak beg banyaknyer sbb igtkn nk stay kt umah kwn aku yg kat S.P tu dlm 2ari.. Aku xnk la bwk beg byk2 utk pi umah kwn yg kat BJ tu.. So,beg kerja yg aku bawak ari2 aku tggaikan dlm loker kt tmpt keja ja.. Tap...aku manggakan loker mcm selalu aku buat. Dng riang berjln la aku dgn kwn2 dng plan kami. Baru menapak beberapa langkah, kwn aku mintak air, mmg aku bwk air selalu (puteri Duyung,kekeringan kalau xdak air ,hahah) , tp ari tu, aku simpan sumanya dlm loker aku ckp la kat kwn aku yg aku dah simpan dlm loker, aku kecian lak kat dia..aku nk patah balik ambik botol air tu.. bru aku sedar.. Batch aku sumbat sekali dlm loker n kunci loker tu aku sangkut kat batch. Ah..udah,yg aku igt masa tu, mcm na nk bukak loker bila start naik keja nanti, tp xpalah aku ada spare kunci kat umah (umah sewa aku).

So, kami bertiga go on la dng riang ,suka-sukinya ke umah kwn kami kat BJ. Hahaha..(xigt pa dah lgi ,yg igt, mlm ni ada AJL26).



Suka-suki,poya-poya pun bermula, mlm tu sempat lgi pi jejln kat kompleks BJ, cri hadiah , buah tangan utk baby nanti. Dpt ja cri brg ,trus blik umah, sbb AJL dah start, kalut ja melangkah blik..Introduction AJL mmg dh terlps,tp xpa..lagu yg xbest ja mula2 tu. Yang aku nk tgok "Beribu Sesalan" jer.. AFUNDI "Beribu Sesalan".

Mmg aku tengok AJL tu, tp, selang-seli dgn tolong kwn2 aku dgn masalah FB depa, mcm aku nie pakar IT lak, aku tolong gak, buat FB brulah, upload gambarlah,  add friendlah, bukan sorg , tiga2 org aku watkn. Adeh.. kontrasi aku utk AJL beralih arah merata, mcm nak aja pasang lagi sepasang mata n sepasang telinga or belah badan jdi 4.

Sampai pgi,kui 3.30 bru aku tidoq,esok agenda sebenar pun bermula..

Aku org pertama yg bgun, pi mandi awai2, nanti ikut turn, aku mandi lambat, nanti kang mesti depa bising, so utk menyelamatkan diri dri di buli, kena bgun dulu n pi mandi lekas2.. Lepas mandi, kemas suma brg2 aku n on d way tggu semua siap cas enset n notebook apa2 yg patut so enset nie karang nk bergambor senang.
En. Tunang kwn aku yg akan jdi driver.Dah siap, kami pun bertolak dng bangganya, ada sorg lgi kwn yg kena jemput kt Pacific.. Gila x gila tp agak sengal bila kena naik keta berenam, keta yg muat 5 org ja.. nasib baik aku ni kecik n comel ja, fit everything..haha..

Bila semua dah berkumpul,perjlnan ke Tanjung Dawai pun bermula.. Teng..teng..teng.. Sempat bergambor2 lagi kami nie dlm keadaan sempit-semput tu, mcm iklan Milo Fuze. Hahaha..


Walau mcm na pun, kami selamat smpi ke destinasi dgn selamat, walau pun GPRS xdak tunjuk lokasi ke Tanjung Dawai, kami guna ke Pantai Merdeka sbb dekat2 citu gak.. agak menyampah bila kena dgr Cik GPRS tu membebel, laju dia tegur, lambat dia tegur. Owg nk dgr radio la..

X la smpi sesat cri umah dia, tp terbabas ckit, kwn aku yg sorg nie penah pi umah dia kat Tanjung Dawai tu, tp igt2 lupa la sbb sekali ja dia sempat pi pun. Yang si suami kwn aku tu lak tggu kami kat mana entah. Yg kami nie dah sampi dah. Akhirnya, smpi jugak.

Dengan girangnya bertemu si kwn yg dah lama xjumpa, yg dulu suka-suki bersama2 di tmpt keja. Sekarang dia dah berhenti keja, bila jumpa nie byk la Gossip-Gossipan nk di war-warkan..hahaha..Dia nmpk kurus ckit, baby new born dia bernama Zikir Qayyum, sedapnya nama. Anak yg ke-3. Masuk ja umah dia suruh wat mcm umah sendiri, mmg wat umah sendiri la..dah dpt green lightkn.. siap mkn lunch kat situ, sedap lak mak dia masak, smpi bertmbh2 kami semua..haha.. lapar tahap gaban nie, xmalu punya budak..haha. A..kami basuh pinggan tau bila dah sudah makan..baikkan.

Korg mesti agak2 apa yg kaitan dgn Al-kisah "kucing comot dlm kesejukkan" lak? Nampak suma cita hepi-hepi ja.. Aha, jap lagi lah...teng..teng..teng..

Agenda dan matlamat utk travelling ari tu pun terlaksana, next destination, antaq kwn aku yg duk S.P blik umah dia. Dia pun agak xsihat, mlm td dah sok..seh..sok..seh,baju cover aku pun aku kasi kat dia, in case, dia pakai T-shirt aku jugak, memandangkan dia sehelai sepinggan ja blik BJ ari tu (patutkan aku blik umah dia). Mlm td mata dia tiba-tiba bengkak, nasib pgi nie dah ok ckit. So..tggl la 5 budak itam dlm keta..eh..mana itam...haha. lepas drop dia, kami menuju ke Permatang Pauh, melawat seorg leader kami, just nk singgah sekejap,sbb dah dia ajk. Ok..aku ikut ja, sbb aku akan jdi org yg last sekali di antaq pulang. 

Aku tertidoq time nk ke sana, mana x ngantok klu tido lambat tp bgun awai.. Bila bgun ja dri tidoq, semcm dpt alamat dlm mimpi, aku tersedaq sesuatu.. KUNCI! mana KUNCI UMAH aku? bukan ka selalu aku letak dlm beg kerja? n beg keja tu skrg ada dlm loker, N Loker aku terkunci, Kunci Mangga pun dlm Loker, n kunci loker spare cuma ada kat umah!!  Aa..aaa!!  Now....kesnya, Kunci Di Kunci Dlm Tmpt terkunci.. "Kunci dan Terkunci"...Mcm na nie? mcm na nie?!!!...

Kat umah leader, aku col agent umah aku, in case dia boleh tolong or ada kunci spare. Nasib xbaik, depa kata depa dah xsimpan kunci spare, sbb ada kes penyewa tuduh agent umah curi barangan, bila depa xdak kat umah. So, aku kena cri jln lain. Aku nk mesej kat kwn2 aku yg dulu stay sekali, kunci spare masih kat depa, no depa lak xdak dlm enset bru nie.. bateri lak nk abih (kes mencapap x igt) adoihai..

Aku xbgtau kat kwn2 yg still dgn aku masa tu, xnk depa susah ati, n spoil the mood,susahkan depa yg dah
baik hati tumpangkan aku ari tu. Aku masih nk try cri jln lain selain mintak depa tolong or something. Lepas jumpa leader kami,peluk-cium, mcm xjumpa dah..pada hal ari2 keja jumpa muka sama. Makan minum lagi kat situ. Dah2..jom blik En.drive sudah bgi warning.. mari blik..

Ada dua org budak itam. eh,putih utk di hantaq kat Parit Buntar..Tggal la 3 budak putih lgi menuju ke Penang, last trip aku la yg akan di hantaq. On da way to aku susah hati sebenarnya.. Mesej punya mesej, org nie, owg tu, dpt gak no kwn aku tu...Aku bertanya2 lagi kwn aku , klu dia ada spare key, tp dia pun xpasti,dia kat Queensbay time tu, so dia kena blik dulu check kt umah dia kat Relau, adus, koi brapa dia nk blik lak?? Dia outing mesti la lama, sedangkan aku dah on d way blik ke Penang.

Sampai ja Penang, kwn aku drop aku kat flat aku. Bermulalah episod kucing comot dlm kesejukkan. Aku dah la bgi bju cover aku kat kwn aku tu, dia lupa kasi blik, n aku lupa mintak blik.. Emm..grrr.. aku xbiasa pakai bju lengan pendek xpa cover apa2 klu keluar umah. Aku rasa sgt xcomel klu dah gini.. dlm keterpaksaan sebenarnya pkai gitu.. Malu sgt bila ber T-shirt lengan pendek nie. Aku sgt sejuk...Aku cuma boleh berpeluk tubuh ja utk panaskan badan.

Kwn aku n tunang dia blah, tanpa tahu apa2 yg aku xdak kunci rumah. Aku berjln serata kedai bwh flat ,kot2 ada tukang kunci..malang sekali xdak. kalau ada pun jauh dri sini.. Aku dah la bawak byk barang, beg bju, beg notebook, n ole2 dri Tanjung Dawai.. Huss..~~ :( 

Perlu mintak bantuan "Wonder Pet" la mcm nie.. (last time dia jugak tolong kucing comot ini~~ huhu~~) .

Sms dri kwn aku mengatakan dia xdak simpan spare key kt Relau, kunci tu selamat kat kg, dia dah ask her mom at kg, n find out tht key at KG!! OMG..

My last idea, cutter the locker. And tht will take a lot of procedure walaupun itu still my own locker. I call my leader, telling all my problem here. 

Jam dah kul 9mlm lbh kot, aku xpasti dah.. ati aku gundah-gulana..  Mana nak stay mlm nie klu xda kunci umah, mcm na nk masuk umah? Suddenlly, my Wonder Pet dtg membantu, send me to my work place . And he waiting wif me ..BIG thank you to you "WONDER PET". Acon awk x sesejuk mcm ari first time sy naik baby awk nie, so.. mcm tau2 ja aku cepat sejuk, aku xperlukan acon utk hidup mlm2 nie.. Senang nak jaga aku nie, itu pun xdak org berkenan..makan pun xbyak..save duit per.. (kadang-kadang ja mkn byk..leh kira dgn jari dlm setahun..hehe).

Aku sampai ke tempat keja, aku cerita masalah aku, kesulitan aku kt guard tu. Arg.....nk nangis, bila dia ckp xleh, kena ikut prosedur.. aa...xkan kot..emergency nie.. aku col leader aku, n big boss, depa la yg contact semua blik discuss punya discuss..tggu punya ..tggu.. Alhamdullilah la aku ada dua enset, Baby Neo dah tido dah xbgun2, enset nokia nie ja stay ada bateri..Akhirnya.. dpt la promission utk cutter the loker.. Alhamdullilah... berjam gak la tggu.......... Aaa... nk nari2 ja bila dah dpt beg kerja aku tu, semua ada dlm tu. Aku niat, ini last time jdi gini, aku xkan sesekali lagi tggai beg keja dlm loker even aku kena gendong semua barang2 yg byk..(boleh masuk azam tahun 2012 x?). Perasaan gumbira yg amat sgt ..lbh dripada dpt tau yg Lagu "Beribu Sesalan" pujaan ku menang tmpt ke-3 AJL26.

Kena belanja "WONDER PET" daun sederi la mcm nie, sbb dah tolong bwk aku ke sini n waiting aku settle kan masalah aku yg clumsy nie.. Sy mintak maaf byk2 kerna menyusahkan awk yea..worder pet (tp mmg awk suka keluar mlm pun kn) haha.. :P nasib baek Nandos dah tutup, time tu dah kui 11.30 mlm. "Wonder Pet" yg satu nie demand lak nk nandos selalu.. :).. 

Lastly, aku dpt gak bukak pintu umah....

*hope not been "kucing comot" again n again in the future any more*

Friday, January 27, 2012

Fantasi Cinta Fza : Episod 5 (Jodoh)



Org kata kalau cincin di jari manis si Gadis boleh muat di jari kelingking si Teruna, depa ada jodoh? Btul ka? Cuba korg try kt couple korg tgok..hehe. Tp klu x muat jugak tu toksah la dok pulun.. Ini cuma org .....kata.

Satu lagi klu pasangan tu ada iras2 wajah serupa, pun di katakan ada jodoh.. Org la kata......


"Jodoh di tangan tuhan" . Mmg btoi, jodoh mmg rahsia Allah, tp "manakan dapat sagunya kalau x di pecahkan ruyung". Khasnya lelaki, kalau dah jumpa soulmate, or dah jatuh hati pada someone, cpt2 la lamar, jng tggu n teragak2, kalau perempuan kot la penuh dgn sifat malu..lelaki kenalah gentlemen ckit. kalau x melepas la.."Jng tggu lama2...nanti lama2..Dia di kebas org.."haha..   And i tell u guys, perempuan mmg kata nak yg hensemlah, kayalah..apa lah.. Then lelaki yg jatuh hati kat dia pun jdi kejut perut dngr ciri2 tu kalau dia mmg xdk dlm kelayakkan tu, tp itu cuma gambaran ja, perempuan akan jatuh hati kalau ada lelaki yg sayang n ambik perhatian kat dia, xkiralah ang tu hensem ka , kaya ka tidak. It's up to u now to decide. Lamar or loss your girl.


"Kalau ada jodoh xkemana." Igt novel ka?  work 4 it !

Thursday, January 26, 2012

Layan.......



Inilah keja aku time cuti..lepak tepi pantai tiap ptg layan lagu , novel or sketch book (teman2 dating aku). Kalau aku budak2 lagi leh join budak2 kat situ mandi-manda,or buat istana pasir (feel arkitek). Tp apakan daya, karang ikut main skali, terkejut budak2 tu, apeke hal minah nie.. haha.. Dah xdak wat apa la duk kat umah sorg2 , sgtlah bowinknya.. Ape la tmpt keja aku bgi cuti raya cina lama sgt, aku mintak overtime pun xnk kasi.. aku kan gila kerja, klu xkeja, xtentu arah la, xtau nk wat apa daa..



Wednesday, January 25, 2012

Fantasi Cinta Fza : Episod 4 (Ceritera dlm musical)

Dalam Diamku

Telah ku pilih jalan ini
Meski kini ku sendiri
Renungi erti sepi
Tak lagi ada satu kata
Satu jiwa dalam cinta
Yang ada hanya hampa
Semakin terasa
Semakin berbeda
Sungguh sangat menyeksa
*
Kata hatiku
Ku simpan dalam diam
Tak perlu ucap lagi
**
Kau kan mengerti suatu hari
Mengapa harus terjadi
Semakin terasa
Semakin berbeda
Sungguh sangat menyeksa
Sepiku lara
Hatiku hampa
Kerana cinta
Menyeksa di dada

Chorus

Lelah aku mencari
Ruang cintamu
Untuk cintaku
Bagi cinta ini
Lelah terus berlari
Tanpa bererti
Membelah hati
Terumbang-ambing dalam kebimbangan
Daku terus mencari
Terumbang-ambing dalam kebimbangan

Ulang *

Ulang **

Sepiku lara
Hatiku hampa
Kerana cinta
Menyeksa di dada

Ulang Chorus

Yang hilang biarlah menjadi kenangan
Biarkanlah lepaskanlah

Ulang Chorus

Telah ku pilih jalan ini
Meski ku sendiri
Renungi erti sepi

~Siti Nurhaliza & Krisdayanti (CTKD)~




~ BILA CINTA~

Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu
Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Yang ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
  Hingga engkau pergi
Tinggalkanku
Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
  Hinggaku memilih
Cinta yang fana
Perginya dirimu
merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan