Wednesday, March 28, 2012

Teman Aku Menangis





Teman aku Menangis

 

Termangu di hujung waktu,

 

Memekakkan telinga pada kata-kata,

 

Memerintah diri untuk bertahan,

 

Hingga bila langit terbuka,

 

Lidah kelu melafazkan,

 

Namun hati memekik menjerit meluahkan,

 

Dapatkah ditafsir akal fikiran,

 

Melihat pada sinar mata yang kebodohan untuk menipu,

 

Kebisingan bergaul dengan kekosongan,

 

Berpagarkan ketidakpastian,

 

 Tidak menunggu kata-kata indah,

Hanya mari ke sisi, temankan aku menangis.

I Hate To Say Good Bye


Tiada kata2 utk aku lafazkan utk mengambarkan kekesalan aku berada di sini dan mengenali kamu semua, bukan aku menyesal bertemu dgn kamu semua tp, betapa ikat yg di bina membuatkan aku kekal di sini selama ini walaupun sebenarnya, wktu yg aku peruntukkan utk berada di sini hanya selama 2 atau 4 bulan, tertangguh sehingga sampai begitu lama.

Beribu memori yg tercipta membawa aku utk bermimpi yg mungkin aku boleh kekal hidup begini, selagi kamu di sisi. Namun, mimpi selalu ada penghujungnya, dan aku perlu pergi, utk memburu mimpi yg aku miliki sebelum berjumpa kamu semua, lalu aku memilih utk berpaling dari gelak tawa kita, melangkah pergi tanpa kamu sedari, aku telah lama tiada, dan semoga kita jumpa lagi nanti.

Aku memujuk diri, bila aku tiada, kamu xkan apa2, sebulan kemudian nanti, bila pengantiku tiba, kamu aku melupakan aku.. Maaf kerna pergi tanpa bertemu mu dahulu, mungkin ini pengajaran terakhir dari ku utk mu selepas beribu nasihat yg aku kongsikan padamu ketika kita bersama dahulu. Besar harapanku utk kau fahami, sayangku padamu melingkau batas ingatanmu pada ku. Saat kau melihat dirimu,hidupmu pada kaca mata mu dan mengatakan hidupmu malang, disaat itu aku melihat diri mu penuh dng kelebihan, bertuah dan tiada apa yg perlu di risaukan, entah bagaimana, aku xdapat mengambarkan, n memberitahumu, betapa indahnya dan sempurnanya hidup yg kau miliki.

Aku pergi...aku pergi... sebenarnya aku telah lama pergi, cuma aku singgah sebentar disini, niat hati ingin sendiri, kemunculan kamu semua menyeri kan hidupku dgn pelbagai warna berseri. Namun, sampai di sini sahaja aku dpt memberi, segala rasa cinta ku pada ikatan persaudaraan kita ini. Cepat atau lambat, aku tetap melangkah pergi dari sisi mu , dan biarlah hari ini aku putuskan mengucapkan salam perpisahan.

 
Currently read ~ Leaving Microsoft To Change The World~

Monday, March 5, 2012

Melodrama Pantai Kerachut


Assalammualaikum, 

Ari nie nk cerita ttg travelling yg dh aku lalui 4 March yg lalu. Selepas tertangguh trip sepatutnya 26 Feb 2012, di tunda 4 March 2012, akhirnya ari yg di tggu2 tiba jugak.

Sehari sebelum hiking aku dah demam dulu, mlm tu pun masih selesema,kalau teruk mmg aku x pi, tp mengenangkan dah tunggu lama trip ni n janji dah dgn kengkawan aku pi jugak lah. 

Ada 3 batch yg daftar utk event nie n aku kena first batch, utk first batch yg berdaftar semua 223 org tp yg mai ari tu cuma 150 ja. Trip dimulakan dgn warm up dulu dan sedikit peringatan dri host acara ttg pemuliharahan alam sekitar (jng buang sampah dll). Then, semua di pecahkan kepada group yg kecik, 10 org setiap group n setiap group ada penunjuk arah merangkap menjaga/ketua.Group aku group second yg mulakan perjlnan.

Aku xsempat nk sarapan pagi tu..huhu.. kawan2 yg lain pun xsarapan lagi . Bagus la yg mana mai sendiri ke Eco Park tu, sempat sarapan lagi, company pun xsediakan sarapan, sediakan air mineral ja. 

Perjalanan jungle tracking pun bermulalah.. blom half perjlanan dah ada yg pening (sepoi tul la) , dah dia ok, kawan dia lak pengsan, tu la dah tau antibodi lemah, dng xsarapan la, gatai nk hiking gak. Aku pun xsihat, xsarapan, tp xdak la 15minit jln dah rebah. 20 minit kami kt situ sbb kes org pengsan, group yg pengsan pening trun blik,patah blik naik boat ja ke Pantai Kerachut. Tggl aku n kengkawan aku 6 org dgn penjaga dua org. Group kami dah jadi group yg last sekali sbb td semua group dah cross kami dulu, ada gak kwn2 aku kata group yg pengsan td sengaja pengsan(entah lah, apa motif??)
 
Pujian patut di berikan pada seorg akak yg dlm group aku, walaupun dia dah separuh umur n semput gak ckit2, tp berjaya teruskan hiking nie, aku tolong bawak beg dia (aku xbawak beg pun, haha.. dah tau dah bwk bebanan byk, memenatkan ja). Second pujian jugak patut di berikan pada kwn aku yg cubby, walau kaki dia dh sakit2 tp still moving forward (choik..choik). Tp..seriously, aku xsuka cara seorg kawan aku yg terlampau activ (nk tunjuk hebat) trus ja berjln ke depan dng seorg pjga kami tu, xtggu langsung kwn2 yg kat belakang nie. Kita nie dlm group, berjln dlm group, moving la as a group, helping each other, bukan tunjuk teror ja pandai. Seriously menyampah bila dia buat mcm tu, walaupun kami kawan baik, tp klu perangai dia yg aku xsuka, aku xsuka jugak. Nasib la kami dpt dua org penjaga,sorg depan sorg belakang, penjaga yg depan tu dah lesap dng kwn kami yg sorg tu,mengatai la tu ..emm. Hiking dlm hujan yg jadi kenangan, kalut ja cri plastik selamatkan gadget masing2.. Comfirm aku demam blik esok.



Sbb dah lama x join aktiviti mcm nie, dlm keadaan masih xsihat kira A la dpt tamatkan sampai gak ke destinasi..haha..

Kami mmg dah terlewat sgt2, bila tgok group2 lain dah start permainan.. huhu.. dengan hati yg hampa tgok ja lah org lain seronok main ~~huhu~~ Then join BBQ, nasib baek yg ni xterlambat, mmg lapor dah sgt2,, smpi nasi goreng yg xsedap tu pun habih (xpeduli dh ttg deria rasa). 

Taktahu lak kat sini pun ada penyu mendarat , igt kat Pantai Terengganu ja..




Sangat rasa bertuah sbb dpt smpi ke Eco Park Penang nie, bukan semua org berpeluang sampai ke sini, memandangkan Pantai Kerachut ni termasuk dlm Taman Negara Penang, yg dtg perlu ada permit dan berdaftar, xboleh dtg sesuka hati ja. Tempat ni mmg bawah seliaan Taman Negara, dan terpelihara dri pendatang luar. 


Selamat tinggal Pantai Kerachut , semoga jumpa lagi. Kami blik menaiki boat, xlarat dah nk hiking blik. :)

Keesokknnya ramai yg xmai keja termasuk kwan aku yg tunjuk teror tu.. tak terkecuali aku yg dah demam balik.