Sunday, November 7, 2010

Bila Cik Fza Membebel : episod 2

Assalammualaikum, Ari nie dah masuk ari isnin, esok keja, keja,keja ,keja, aku ni, asyik keja aja, inilah, klu dah dapat keja, xtahu nak berhenti, huhu.. Overtime ja.. xpalah, selagi ada kudrat, badan sihat  ni, keja la..duk umah bukan mendtgkan hasil, bukan ada anak n laki nak jaga, kan..kan..?? Tapi teringin la nak jln2 makan angin, nak pergi dng sapa , teringin aja aku ni, tapi bila ada masa keluar jadi malas, supermarket terdekat pun malas nk jejak,padahal byk barang keperluan dah abis. Bukan apa, kalau dah keluar, tentu lah berabis duit, sayang oo..keja penat2, tiba2 gaji tggl ciput, barangnya xnampk , duit dah xda, keja teruk sebulan abis separuh dlm sehari..huhu :( . 


Duit..duit..mcm air, nak ja kembali zaman nasi lemak 20sen sebungkus, air segelas 10sen jer..baru dapat jimat, hehe :P Sekarang ni, xda la sen-sen nya, ringgit-ringit ja la.. aduh..aduh.. 

Harga barang sekarang asyik naik..naik..naik.. gaji naik pun x guna klu suma barang turut naik, menyampah nya.. huhuhu..nak duit byk..huhu..
Ada org ckp duit x penting yg penting kebahgiaan. tp kan lebih bgus ada keduanya. Mcm mana nak bahagia kalau punca xbahagia kerana x cukup duit. Dan salah kah kita jadi sikit materialistik? Dari pandangan aku, byk org yg idup xbahagia kerana tidak ada duit yg mencukupi, suami isteri leh gaduh sbb keperluaan umah x lengkap. Anak2 tertekan bila mak ayah asyik bergaduh, suami x mau lekat kat umah sbb isteri suka membebel, isteri cari lelaki lain utk menumpang kesenangaan yg suami xleh kasi, dan mcm2 lagilah..

Tgok org yg kaya , senang, semua ada, di rumah sumua lengkap, nak beribadat pun senang, tiap2 tahun leh melangkah pergi umrah , haji, sedekah, derma, mcm2. Mmg la, kebanyakkn cerita kat TV tanyang, bila org kaya aja semua nya buruk, gaya idup mcm omputihlah, anak2 porak-peranak kerana mak ayah sibuk cari duit byk2, sibuk dng urusan biz sana sini, berpersatuan sana - sini.
 
Tp di dunia realiti, masih ada yg berpegang kuat pada agama, mengunakan kekayaan utk perkara yg berguna, membantu tanpa balasan, mereka jadi majikan yg baik hati, berusaha keras utk majukan biz , supaya pekerja bawahan tidak hilang pekerjaan.

Mgkin ada yg marah bila aku bengkin org kaya, jangan salah fhm, aku cuma nak kita semua hilangkan belenggu x cukup duit yg kita alami setiap bulan, dan kita penat merasa begitu. Ok, ada org kata rezeki x berkat klu rasa x cukup, tp mana nak boleh cukup dng idup zaman sekarang ni? Nak tggl dlm hutan xpakai duit, hutan pun byk dah kena tarah, air terjun pun dah bayk kering, mana leh idup dlm hutan dah. 

Mungkin x semua org di takdirkan memiliki aset yg byk,

dan 

Mungkin aku yg x pandai bersyukur?

??

Apa pun berusahalah yg terbaik, nasihat aku utk diri sendiri, dan sesiapa aja yg sudi membaca bebelan ku ini.. thank's.. ; )


No comments:

Post a Comment