Wednesday, March 28, 2012

I Hate To Say Good Bye


Tiada kata2 utk aku lafazkan utk mengambarkan kekesalan aku berada di sini dan mengenali kamu semua, bukan aku menyesal bertemu dgn kamu semua tp, betapa ikat yg di bina membuatkan aku kekal di sini selama ini walaupun sebenarnya, wktu yg aku peruntukkan utk berada di sini hanya selama 2 atau 4 bulan, tertangguh sehingga sampai begitu lama.

Beribu memori yg tercipta membawa aku utk bermimpi yg mungkin aku boleh kekal hidup begini, selagi kamu di sisi. Namun, mimpi selalu ada penghujungnya, dan aku perlu pergi, utk memburu mimpi yg aku miliki sebelum berjumpa kamu semua, lalu aku memilih utk berpaling dari gelak tawa kita, melangkah pergi tanpa kamu sedari, aku telah lama tiada, dan semoga kita jumpa lagi nanti.

Aku memujuk diri, bila aku tiada, kamu xkan apa2, sebulan kemudian nanti, bila pengantiku tiba, kamu aku melupakan aku.. Maaf kerna pergi tanpa bertemu mu dahulu, mungkin ini pengajaran terakhir dari ku utk mu selepas beribu nasihat yg aku kongsikan padamu ketika kita bersama dahulu. Besar harapanku utk kau fahami, sayangku padamu melingkau batas ingatanmu pada ku. Saat kau melihat dirimu,hidupmu pada kaca mata mu dan mengatakan hidupmu malang, disaat itu aku melihat diri mu penuh dng kelebihan, bertuah dan tiada apa yg perlu di risaukan, entah bagaimana, aku xdapat mengambarkan, n memberitahumu, betapa indahnya dan sempurnanya hidup yg kau miliki.

Aku pergi...aku pergi... sebenarnya aku telah lama pergi, cuma aku singgah sebentar disini, niat hati ingin sendiri, kemunculan kamu semua menyeri kan hidupku dgn pelbagai warna berseri. Namun, sampai di sini sahaja aku dpt memberi, segala rasa cinta ku pada ikatan persaudaraan kita ini. Cepat atau lambat, aku tetap melangkah pergi dari sisi mu , dan biarlah hari ini aku putuskan mengucapkan salam perpisahan.

 
Currently read ~ Leaving Microsoft To Change The World~

No comments:

Post a Comment