Friday, February 11, 2011

Bila Cik Fza membebel : Episod 3

Assalammualaikum,

Sungguh lama aku xbukak blog aku ni, busy kerja aja.. huuhuhu..

Penat sungguh, bilalah ada masa bercuti dng tenang kat pulau Tioman ka?..hehehe...

Tahun ni, genap la usia aku suku abad..25thn, wow, sungguh xsangkakan,cepatnya masa berjln. sungguh pantas. Dan rasa kawan2 aku yg dah menamatkan zamanbujang depa, ada yg dah menimbang cahaya mata yg kedua. Aku? emm..apa pencapaian aku setakat ni? mmg la x seberapa, aduh aku harap dapat buat lebih baik, hidup dng lebih berjaya. Ya..ya..ya.. aku tau, xleh ckp ja, kena byk berusaha, hope tahun ni xka bertukaq, dan lama........................ , supaya aku dpt buat byk benda yg aku xbuat lg atau bkal buat. Aku perlukan byk masa utk jadikan semuanya satu kenyataan..

Org lain umur 25 dah ada ijazah, master, aku takat dip ja.. harap dapt sambung deg..tp bila? dimana? coz apa?

Org lain umur 25 dah ada bf, tunang, kahwin, ada anak, aku? semua xda, mcm na? org yg aku suka semua dah ada yg punya lak..huhu....Anak menakan ja yg bertambah2..dah tujuh org..

Org lain umur 25 dah ada moto, kete,umah, keja tetap...aku? keja skrg pun bukan dlm bidang aku ..tp aku makin selesa dng keja skrg, sbb ada kawan2 yg sporting, masih berharap dpt keja yg lebih baik jugak..Aku tgh kumpul beli ketala ni..igt nak ambik kete Saga Baru FL tu dah la.. itu yg termampu.. tp leh x xpayah penjamin? aku xda penjamin la,mcm na nie?? lagi satu aku igt nak sewa umah sendiri, yg dekat dng tmpt keja,xperlu la berulang jauh, tp ada x yg murah2 jer? under rm200 ka? Tp Penang susah dpt harga tu, bilik leh la....kalau kata dok ramai2, aku xmau la..susah dok ramai2,byk timbul masalah nanti..


Apa-pun kena wat dng pelahan2..insyaallah tercapai juga segala impian suatu hari nanti.


Saturday, December 11, 2010

Kisah Dulu-Dulu : Introduction

Hari berganti hari..kita pun jauh meniggalkan zaman kecil, zaman yg kita xkisah ttg dunia luar, yg kita tahu adalah dunia kecil kita sahaja, berlari ke sana sini, tanpa takut terjatuh, dan berkali juga kita terjatuh , terluka, menangis kerna sakitnya, namun kita tidak serik utk bgun dan berlari lagi dng tawa, sakit yg tempoh hari pun hilang begitu aja.

Kisah Dulu-dulu. mewakili zaman kecil, zaman sekolah, zaman2 sewaktu dngnya..

Tuesday, November 23, 2010

Aku dan blog ku..



Aku seperti baby yg baru belajar memahami kehidupan di luar rahim ibu ku.. itu lah aku ibarat diriku dlm dunia blog, makin byk yg tahu, makin byk yg x faham.. walau pun sudah hampir 12 bulan aku dlm dunia blog, aku masih payah utk berbicara dlm dunia blog ni, aku bukan warga kreatif yg x kering idea setiap hari punya entry baru, harus bagaimana?

Tuesday, November 16, 2010

Kau Abadi Dlm Kenangan

Assalammualaikum,

Kelmarin nenekku meninggal, semoga rohnya di rahmati Allah. Al-fatihah..


 Kawasan perkuburan



 Liang Lahad


Semoga rohnya aman di sana..



Kawasan kubur



 Bersemadi lah dng aman



 Masjid tmpt jenazah di sembahygkan

Sunday, November 7, 2010

Bila Cik Fza Membebel : episod 2

Assalammualaikum, Ari nie dah masuk ari isnin, esok keja, keja,keja ,keja, aku ni, asyik keja aja, inilah, klu dah dapat keja, xtahu nak berhenti, huhu.. Overtime ja.. xpalah, selagi ada kudrat, badan sihat  ni, keja la..duk umah bukan mendtgkan hasil, bukan ada anak n laki nak jaga, kan..kan..?? Tapi teringin la nak jln2 makan angin, nak pergi dng sapa , teringin aja aku ni, tapi bila ada masa keluar jadi malas, supermarket terdekat pun malas nk jejak,padahal byk barang keperluan dah abis. Bukan apa, kalau dah keluar, tentu lah berabis duit, sayang oo..keja penat2, tiba2 gaji tggl ciput, barangnya xnampk , duit dah xda, keja teruk sebulan abis separuh dlm sehari..huhu :( . 


Duit..duit..mcm air, nak ja kembali zaman nasi lemak 20sen sebungkus, air segelas 10sen jer..baru dapat jimat, hehe :P Sekarang ni, xda la sen-sen nya, ringgit-ringit ja la.. aduh..aduh.. 

Harga barang sekarang asyik naik..naik..naik.. gaji naik pun x guna klu suma barang turut naik, menyampah nya.. huhuhu..nak duit byk..huhu..
Ada org ckp duit x penting yg penting kebahgiaan. tp kan lebih bgus ada keduanya. Mcm mana nak bahagia kalau punca xbahagia kerana x cukup duit. Dan salah kah kita jadi sikit materialistik? Dari pandangan aku, byk org yg idup xbahagia kerana tidak ada duit yg mencukupi, suami isteri leh gaduh sbb keperluaan umah x lengkap. Anak2 tertekan bila mak ayah asyik bergaduh, suami x mau lekat kat umah sbb isteri suka membebel, isteri cari lelaki lain utk menumpang kesenangaan yg suami xleh kasi, dan mcm2 lagilah..

Tgok org yg kaya , senang, semua ada, di rumah sumua lengkap, nak beribadat pun senang, tiap2 tahun leh melangkah pergi umrah , haji, sedekah, derma, mcm2. Mmg la, kebanyakkn cerita kat TV tanyang, bila org kaya aja semua nya buruk, gaya idup mcm omputihlah, anak2 porak-peranak kerana mak ayah sibuk cari duit byk2, sibuk dng urusan biz sana sini, berpersatuan sana - sini.
 
Tp di dunia realiti, masih ada yg berpegang kuat pada agama, mengunakan kekayaan utk perkara yg berguna, membantu tanpa balasan, mereka jadi majikan yg baik hati, berusaha keras utk majukan biz , supaya pekerja bawahan tidak hilang pekerjaan.

Mgkin ada yg marah bila aku bengkin org kaya, jangan salah fhm, aku cuma nak kita semua hilangkan belenggu x cukup duit yg kita alami setiap bulan, dan kita penat merasa begitu. Ok, ada org kata rezeki x berkat klu rasa x cukup, tp mana nak boleh cukup dng idup zaman sekarang ni? Nak tggl dlm hutan xpakai duit, hutan pun byk dah kena tarah, air terjun pun dah bayk kering, mana leh idup dlm hutan dah. 

Mungkin x semua org di takdirkan memiliki aset yg byk,

dan 

Mungkin aku yg x pandai bersyukur?

??

Apa pun berusahalah yg terbaik, nasihat aku utk diri sendiri, dan sesiapa aja yg sudi membaca bebelan ku ini.. thank's.. ; )


Monday, October 25, 2010

Bila Cik Fza Membebel : episod 1

Assalammualaikum,

Apa khabar semua ari ni? Ari ini ari isnin, ramai yg start kerja ari ni, n aku lak cuti, emm, keja x mcm org, kadang2 ahad pun keja, xpa, aku x kisah pun, lagi aku suka, suka keluar jln time org lain tgh keja , suka, suka, suka ( versi upin n ipin). Lagi suka kalau dpt keja sendiri kan.? Aku nak sgt buat kerja sendiri, biz ka apa ka, ikut time masa kerja sendiri, sesuatu keja yg aku minat n suka buat, minat giler, x rasa tertekan dng apa jua tekanan luaran n dalaman. Tp apa keja mcm tu ar? 

Tp, kerja sendiri ni perlukan displin yg kuat dari diri sendiri, baru la perkerjaan tu berjaya dng jayanya n berterusan  dlm tempoh masa yg lama, tidak la separuh jln ja kan? Boleh kah aku ??? Sekarang ni kerja dng org pun dah rasa tertekan , nak kena follow kehendak company, tp fikir2 mana ada kerja yg tidak ada tekanan langsung, bertukaq2 keja bukan cara penyelesaiannya kan? 

Aku mmg org yg boleh follow rule dng baik tanpa bantahan, tp org yg berada berhampiran aku yg mempengaruhi aku utk rasa x selesa dng rule tu. Bagi aku rule tu xda la susah sgt, benda simple, benda yg kita mmg patut ikut pun. Tp, mgk org yg x biasa dng rule, hidupnya dah mmg gitu, itu yg mmg buatkan susah nak ikut rule tu. kan?? Contoh rule simple, buang sampah dlm tong sampah. Tp, tgoklah kat mana2 tentu byk sampah bersepah2, pada hal , ada tong sampah berdekatan, klu xda pun apa salahnya, pegang dulu, atau masuk dlm beg atau poket sampah tu, then jumpa tong sampah buang la .. klu setakat pembungkus gula2 atau plastik keropok, xkan x muat masuk dlm poket seluar?beg? pegang??? Aku mmg xsuka org buang sampah merata2, terutama sampah yg susah nak reput mcm plastik2 nie, klu kulit rambutan xpa gak, reput cepat. Ish..buang sampah merata2 xrasa bersalah ka? igt sampah tu leh lenyap bergitu ja? Mmg la ada org keja kutip sampah, di bayar gaji, tp apa salahnya, buang samapah sendiri, payah la klu suma pakat dok buang gitu ja.. aduh.. Aku nak tgok sgt m'sia ni bersih dri sampah sarap ni, mcm Singapore n Jepun.










Friday, September 17, 2010

Apa Gambar yg selalu ada di atas kad raya?

Antara gmbr2 yg famous utk di letakkan di atas kad raya..seperti berikut:-
Gambar Masjid

Gambar Mekah

 Gambar Pelita

Gambar ketupat daun kelapa

Gambar  Bersalaman

Bulan Sabit

Bintang


Contoh kad raya yg mengaplikasikan gmbr2 di atas seperti berikut:-








Apa pun gmbr, jelas menjadi simbol sambutan hari raya aidilfitri. Dan aku mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.

Saturday, September 4, 2010

Kuih Raya

Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri yg bakal menjelma tidak lama lagi, kejap ja kan? dan kita dah berada dlm mggu yg terakhir Ramadhan, ramai lah yg mula membuat persiapan utk beraya, buat kiuh, cat umah, ambik tempahan baju raya , langsir raya, beli perabot raya, dan mcm2 lagilah.

Sebut pasal kuih raya terbayang di mata pelbagai kuih raya yg moden dan yg tradisonal. Ada yg rajin, pandai buat sendiri, ada yg beli aja, senang.

Korng igt x apa nama2 kuih yg popular?

Kuih Bahulu

Simpul Kasih

Kuih Goyang

Kuih Batang Buruk

Biskut Arab

Kuih Bakar

Tempeyek

Kuih Siput

Kuih/Biskut Arab/makmur

 Kuih Bakar




Kuih Semprit


??

 Almond London

Ada jugak kuih moden sekarang yg pelik2 bentuk atau design nya, cth di bawah..

Design underwear, ada rasa mcm makan underwear x?

design Kasut, hang nak makan kasut??


fashion baru lak, mcm tat nenas ja..

Bentuk aiskrim

untuk menarik budak2 makan la ni..

Bentuk bunga

Comel kan?


Warna -warni kan?

Banyak lagi kuih yg biasa di hidang kan di hari raya....ini baru sikit ja..