Thursday, October 27, 2011

Bila Cik Fza Membebel : The Returns

Aku sgt kuat menahan tangis, bila dimajlis perpisahan, disaat semua org menggugurkan air mata, aku bgai membeku tanpa perasaan..hgga di cop xberperasaan. Bukan aku xrasa apa2,atau xsedih dng perpisahan tu,tp bukan senang gugurkan air mata klu hati aku x pilu sgt2...kenapa nk rasa sedih sedangkan, kita still leh contact mereka spjng masa? mcm2 gadget ada , mcm2 kemudahan..suma lengkap..apa nk nangis bagai nak rak???
Depa bukan nk pi mnapun, klu kita mmg rapat dng depa, tentu kita akan cri jln utk still contact..kan ..n cri peluang jumpa . That will be the same as we belong together kan?

Kdng2 aku pun xtahu..ati aku mcm ice berg..keras membeku..tp xbermakna xleh cair.. Kadang2 aku pun menangis, tp tangis aku bukan utk semua org melihat, kadang2 org xtahu, aku melihat n merasa lain ckit dri yg biasa, disaat melihat semua org kesedihan, aku jdi kuat utk menahan kesedihan tu, disaat org melihat sesuatu yg terasa biasa bgi mereka, aku yg terasa sedih n menangis. (apa aku melalut nie) (this is why i call this kind of entries membebel).

Sebagai cik yg ada ati ice berg, jng dekat dgn sy klu x sedia, u will karam like Titanic, i mean it. :P

Jng Mengharapkan Yg sempurna

Bahwa sebenarnya, manusia itu tidak ada yang sempurna...

Seorang lelaki yang sangat tampan dan sempurna merasa yakin bahwa Tuhan pasti akan memberikan
seorang perempuan yang sangat cantik dan sempurna pula untuk pasangan hidupnya.
Maka ia pun berkeliling ke seluruh pelosok untuk mencari jodohnya. Kemudian sampailah ia di sebuah desa.
Ia bertemu dengan seorang petani yang mempunyai tiga orang anak perempuan dan semuanya sangat cantik.
Lelaki tersebut menemui bapak petani dan mengatakan bahwa ia ingin mengawini salah satu anaknya tapi bingung mana yang paling sempurna.
Petani menganjurkan untuk mengencani mereka satu persatu dan si lelaki pun setuju.

Hari pertama ia pergi dengan anak perempuan yang sulung.
Ketika pulang, ia berkata kepada si petani, "Anak sulung bapak mempunyai satu cacat kecil, iaitu telinga kirinya lebih besar dari telinga kanannya."
Hari berikutnya ia pergi dengan anak perempuan yang kedua dan ketika pulang, ia berkata,
"Anak kedua bapak juga mempunyai cacat kecil yaitu matanya agak juling."
Akhirnya, pergilah ia dengan anak perempuan yang bungsu.
Begitu pulang, ia dengan gembira mendatangi si petani, "Inilah yang saya cari. Ia benar-benar sempurna."
Lalu menikahlah si lelaki dengan anak perempuan yang bungsu. Sembilan bulan sepuluh hari kemudian si isteri melahirkan.
Dengan penuh kebahagiaan, si lelaki menyaksikan kelahiran anak pertamanya.
Ketika si anak lahir, ia begitu kaget dan kecewa karena anaknya sangatlah jelek.
Ia menemui bapak petani dan bertanya, "Kenapa bisa terjadi seperti ini, pak?
Anak bapak cantik dan saya tampan. Kenapa anak saya bisa sejelek itu?"

Si petani menjawab, "Anak bungsu mempunyai satu cacat kecil yang tidak terlihat olehmu di waktu  pertamamu dengan dia.
Waktu itu ia sudah hamil duluan..................."

Monday, February 21, 2011

Kau SenyumanKu

Kau bekukan senyumanku,
Kekalkan ia selamanya,
Kau cairkan dukaku,
Alirkan ia ke hulu,
Kau suburkn hatiku,
Bahagialah aku selalu,

Monday, February 14, 2011

Selamat Menyambut Maulidur Rasul

Ari ni adalah ari kelahiran Rasullah yg kita cintai. Berbahagialah baginda di sisi allah S.W.T.

Friday, February 11, 2011

Bila Cik Fza membebel : Episod 3

Assalammualaikum,

Sungguh lama aku xbukak blog aku ni, busy kerja aja.. huuhuhu..

Penat sungguh, bilalah ada masa bercuti dng tenang kat pulau Tioman ka?..hehehe...

Tahun ni, genap la usia aku suku abad..25thn, wow, sungguh xsangkakan,cepatnya masa berjln. sungguh pantas. Dan rasa kawan2 aku yg dah menamatkan zamanbujang depa, ada yg dah menimbang cahaya mata yg kedua. Aku? emm..apa pencapaian aku setakat ni? mmg la x seberapa, aduh aku harap dapat buat lebih baik, hidup dng lebih berjaya. Ya..ya..ya.. aku tau, xleh ckp ja, kena byk berusaha, hope tahun ni xka bertukaq, dan lama........................ , supaya aku dpt buat byk benda yg aku xbuat lg atau bkal buat. Aku perlukan byk masa utk jadikan semuanya satu kenyataan..

Org lain umur 25 dah ada ijazah, master, aku takat dip ja.. harap dapt sambung deg..tp bila? dimana? coz apa?

Org lain umur 25 dah ada bf, tunang, kahwin, ada anak, aku? semua xda, mcm na? org yg aku suka semua dah ada yg punya lak..huhu....Anak menakan ja yg bertambah2..dah tujuh org..

Org lain umur 25 dah ada moto, kete,umah, keja tetap...aku? keja skrg pun bukan dlm bidang aku ..tp aku makin selesa dng keja skrg, sbb ada kawan2 yg sporting, masih berharap dpt keja yg lebih baik jugak..Aku tgh kumpul beli ketala ni..igt nak ambik kete Saga Baru FL tu dah la.. itu yg termampu.. tp leh x xpayah penjamin? aku xda penjamin la,mcm na nie?? lagi satu aku igt nak sewa umah sendiri, yg dekat dng tmpt keja,xperlu la berulang jauh, tp ada x yg murah2 jer? under rm200 ka? Tp Penang susah dpt harga tu, bilik leh la....kalau kata dok ramai2, aku xmau la..susah dok ramai2,byk timbul masalah nanti..


Apa-pun kena wat dng pelahan2..insyaallah tercapai juga segala impian suatu hari nanti.


Saturday, December 11, 2010

Kisah Dulu-Dulu : Introduction

Hari berganti hari..kita pun jauh meniggalkan zaman kecil, zaman yg kita xkisah ttg dunia luar, yg kita tahu adalah dunia kecil kita sahaja, berlari ke sana sini, tanpa takut terjatuh, dan berkali juga kita terjatuh , terluka, menangis kerna sakitnya, namun kita tidak serik utk bgun dan berlari lagi dng tawa, sakit yg tempoh hari pun hilang begitu aja.

Kisah Dulu-dulu. mewakili zaman kecil, zaman sekolah, zaman2 sewaktu dngnya..

Tuesday, November 23, 2010

Aku dan blog ku..



Aku seperti baby yg baru belajar memahami kehidupan di luar rahim ibu ku.. itu lah aku ibarat diriku dlm dunia blog, makin byk yg tahu, makin byk yg x faham.. walau pun sudah hampir 12 bulan aku dlm dunia blog, aku masih payah utk berbicara dlm dunia blog ni, aku bukan warga kreatif yg x kering idea setiap hari punya entry baru, harus bagaimana?

Tuesday, November 16, 2010

Kau Abadi Dlm Kenangan

Assalammualaikum,

Kelmarin nenekku meninggal, semoga rohnya di rahmati Allah. Al-fatihah..


 Kawasan perkuburan



 Liang Lahad


Semoga rohnya aman di sana..



Kawasan kubur



 Bersemadi lah dng aman



 Masjid tmpt jenazah di sembahygkan