Tuesday, December 27, 2011

Camar Senja

Mungkin masih ada rasa rindu,
Mungkin masih ada sisa cinta,
Mungkin masih  ada rasa kasih,

Duhai camar senja,
Bawa aku pergi bersamamu,
Ke destinasi hidupmu seterusnya,
Aku mahu terbang bersamamu,
Tinggalkan semua, 
Biar semua lupa akan aku,
Indah kala lihat hidupmu yg merantau seluruh dunia,
Namun aku disini, makin tunduk pada sepi,

Duhai camar senja,
Ceritakan aku kisah hidupmu,
Ceritakan aku suka dan dukamu,
Agar cerita sukamu buat aku ingin hidup gembira,
Agar cerita dukamu buat aku menghargai hidup yang ku miliki,

Duhai camar senja,
Adakah kau kisah, pada duka lara?, 
Adakah kau suka pada hidup ceria?,
Adakah kau perlukan pada kisah lama?
Adakah pentingkan pada masa depan?
Mungkinkah yang kau inginkan hanya masa ini?,

 Duhai camar senja,
Aku masih di sini, tatkala melihat kau terbang pergi,
Andai aku juga punya sayap, ingin aku mengikutmu pergi,

Duhai camar senja datanglah kesini lagi, 
Andai kau ingat akan aku lagi.





*Meragut kembali kisah lama, utk dijadikan kekuatan hari ini, Supaya esok xkn sama seperti kisah semlm.*












No comments:

Post a Comment